Jadual padat bantu Arsenal – Wenger

Jadual padat bantu Arsenal – Wenger

LONDON, 11 Jan (Reuters) – Pengurus pasukan Arsenal, Arsene Wenger percaya jadual padat pasukan Arsenal membantu pasukannya untuk mengekalkan rentak yang berterusan dengan kemenangan 3-1 ke atas Sunderland dalam persaingan pusingan ketiga Piala FA pada Sabtu lalu.

Senarai perlawanan padat di England pada Krismas dan Tahun Baru membangkitkan kemarahan dari pengurus–pengurus Liga Perdana, termasuk Juegen Klopp dari Liverpool dan Sam Allardyce dari Sunderland, tetapi Wenger meletakkan pandangan yang berbeza.

Selepas memenangi tujuh dari lapan perlawanan mereka yang lalu dalam semua persaingan, pengurus dari Perancis itu berkata jadual yang padat tersebut telah memberikan platform sempurna bagi pendahulu liga itu untuk terus bangkit pada bahagian kedua kempen itu.

“Anda memiliki rentak (apabila mempunyai banyak perlawanan). Anda cuba untuk memeriksa siapa yang memerlukan pernafasan dan siapa yang memerlukan rehat dan lakukannya,” Wenger memberitahu laman sesawang kelab (www.arsenal.com).

Arsene Wenger percaya jadual padat perlawanan akan membantu mengekalkan rentak pasukannya. - Reuters
Arsene Wenger percaya jadual padat perlawanan akan membantu mengekalkan rentak pasukannya. – Reuters

“Ia adalah lebih mudah untuk mengekalkan skuad fokus dan bersemangat apabila anda memiliki banyak perlawanan. Ia impak yang positif dan negatif.”

Wenger juga menggambarkan dia meletakkan giliran skuadnya bagi persaingan Liga Perdana berkunjung ke Liverpool dan sekali lagi bagi Stoke City pada Ahad ini.

“Apabila anda dalam pusingan dan tidak mempunyai kecederaan, semua orang berada dalam arah yang sama dan lebih mudah untuk mengekalkan semua orang. Semua orang dalam perlawanan seterusnya merasakan mereka perlu beraksi, dan ia adalah positif,” kata Wenger.

ARTIKEL YANG SAMA