Jadual Piala Fed perlu diubah

Jadual Piala Fed perlu diubah

BRISBANE, Australia, 13 April (AFP) – Kapten AS Mary Joe Fernandez berkata format Piala Fed mungkin terpaksa diubah jika para pemain terbaik di dunia ingin mencari masa dalam jadual mereka untuk menyertai dengan lebih konsisten dalam perlawanan tenis wanita antarabangsa.

Pasukan AS akan bermain tanpa tiga pemain perseorangan ulungnya, pemain adik-beradik Serena dan Venus Williams dan Sloane Stephens, apabila ia berdepan Australia dalam playoff Kumpulan Dunia hujung minggu ini.

Pemain-pemain dari Amerika itu akan masih mempunyai pasukan mantap bagi perlawanan itu, yang akan berlangsung di gelanggang sementara tanah liat di Pat Rafter Arena, Brisbane. Barisan pemain termasuklah pemain pilihan nombor 22 Madison Keys, Coco Vandeweghe (36), Christina McHale (57) dan Bethanie Mattek-Sands (89).

Ketiadaan nama-nama terbesar membangkitkan persoalan tenang sama ada perlawanan itu boleh mengekalkan prestijnya.

Fernandez memberitahu sidang media hari ini, format dan penjadualan perlawanan telah menyukarkan para pemain terkemuka seperti pemain adik-beradik Williams, untuk dengan mudah komited. Menurutnya para pemain telah merancang jadual mereka pada awal tahu dan kemudian perlu mencari ruang pada makluman lambat bagi perlawanan Piala Fed.

“Kami tidak mengetahui bahawa kami ke Australia sehinggalah minggu kedua Februari,” kata Fernandez. “Itu bukanlah perkara paling sesuai untuk dilakukan, datang ke Australia apabila semua orang menuju ke Eropah dan di Amerika.”

Menurut Fernandez dia telah berbincang dengan Persekutuan Tenis Antarabangsa tentang mengkaji semula format dan bersetuju format lebih seperti Piala Davis bagi pemain lelaki, boleh membuatkannya ‘agak lebih mudah untuk diikuti dan ia akan lebih selesa bagi para pemain.”

Kapten Australia Alicia Molik berkata sikap kepada Piala Fed berbeza dari negara ke negara tetapi beberapa negara mengambil serius perlawanan itu dari Australia, yang akan dikemukakan pada hujung minggu oleh Sam Stosur, Daris Gavrilova, Casey Dellacqua dan Arena Rodionova.

“Kebiasaan bermula sebelum matang,” kata Molik. “Kami bernasib baik di Australia untuk mempunyai pemain-pemain hebat yang mahu bermain dan bersedia untuk mewakili negara mereka.”

ARTIKEL YANG SAMA