Jaga alam sekitar kita

Jaga alam sekitar kita

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 21 Mac – Aktiviti Kem Sains anjuran Sekolah St James yang dilancarkan semalam mencatat penyertaan paling ramai dengan 127 orang peserta sebagai salah satu program aktiviti sempena musim cuti sekolah.

Acara tahunan yang diselia Jabatan Sains dan diketuai oleh Nicomedes De Mesa Tagulinao atau lebih dikenali sebagai Cikgu Dennis itu mempamerkan bakat kreatif murid-murid terbabit dalam penggunaan kitar semula.

Dengan tema ‘Memastikan Masa Depan Dengan Melindungi Alam Sekitar Kita’, murid-murid dipelawa untuk menghasilkan pakaian atau hasil kreatif lain yang dipamerkan untuk tontonan ibu bapa dan guru-guru.

“Hasrat Jabatan Sains adalah untuk menggalakkan murid-murid Tahun 5 hingga 11 untuk menggunakan barangan yang boleh dikitar semula dari rumah serta mengajar mereka kepentingan melindungi alam sekitar dengan menggunakan semula barangan terpakai seperti kertas untuk menghasilkan baju,” jelas Dennis semasa ditemu ramah oleh Media Permata.

Antara murid-murid yang menyertai Kem Sains itu.
Antara murid-murid yang menyertai Kem Sains itu.
Salah seorang pelajar menggayakan baju kitar semula.
Salah seorang pelajar menggayakan baju kitar semula.
Salah satu baju kitar semula yang dipamerkan.
Salah satu baju kitar semula yang dipamerkan.

Beliau menambah, cara ini akan dapat membentuk minda murid-murid terbabit untuk memelihara serta menjaga alam sekitar melalui aktiviti kitar semula.

Menurutnya lagi, aktiviti sampingan juga diadakan selari dengan fokus pihak sekolah dalam menjaga serta melindungi alam sekitar seperti pertandingan baju-baju kitar semula dan juga pembentangan hasil kraf tangan daripada barangan yang boleh dikitar semula.

ARTIKEL YANG SAMA