Jaga kebajikan bekas anggota

Jaga kebajikan bekas anggota

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Sept – Pasukan Polis Diraja Brunei, hari ini, telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil bagi Allahyarham L/Cpl 5266 Titi Ismadi bin Wahid berserta isteri dan ibu mertua Allahyarham yang ditemui mati di berek mereka pada 29 Ogos lalu.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Al-Islam dan isteri.

Turut hadir ialah para pengarah, pegawai dan anggota-anggota Pasukan Polis Diraja Brunei.

Majlis dimulakan dengan Solat Fardu Maghrib berjemaah dan diikuti dengan membaca Surah Yasin dan Tahlil.

Majlis dimulakan dengan Solat Fardu Maghrib berjemaah diikuti dengan membaca Surah Yasin dan Tahlil.
Majlis dimulakan dengan Solat Fardu Maghrib berjemaah diikuti dengan membaca Surah Yasin dan Tahlil.

Kemudian, tetamu kehormat menyempurnakan penyampaian derma dan insurans kepada keluarga Allahyarham.

Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam turut dibacakan sebelum Solat Fardu Isyak berjemaah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, Pasukan Polis Diraja Brunei sangat mengambil berat akan kebajikan anggotanya dengan mengadakan majlis seumpama ini dan mendoakan agar Allahyarham serta keluarganya dilimpahi rahmat yang berkekalan.

ARTIKEL YANG SAMA