Jaga kebersihan bersama

Jaga kebersihan bersama

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jan – Ke arah usaha bagi mengekalkan kebersihan alam persekitaran di samping memupuk cara hidup yang sihat, pelajar dari Sekolah Sains dan Kejuruteraan, Politeknik Brunei, Kampus Lumut, baru-baru ini, telah mengadakan kempen kebersihan di kawasan kampus kolej berkenaan.

Kempen yang juga melibatkan para pegawai dan tenaga pengajar kolej tersebut dimulakan dengan acara pemanasan badan yang diketuai oleh sekumpulan pelajar kolej berkenaan.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa kempen itu ialah penanaman pokok di sepanjang persekitaran bangunan kolej tersebut, dengan tujuan untuk mengekalkan kehijauan alam sekitar dan mengurangkan pencemaran udara.

Antara yang menyertai kempen tersebut.
Antara yang menyertai kempen tersebut.

Aktiviti menanam pokok itu juga merupakan usaha sama dengan Jabatan Perhutanan bagi mencantikkan lagi kawasan landskap kolej berkenaan.

Kempen antara lain bertujuan bagi menyemai semangat bekerjasama dan bertanggungjawab dalam kalangan warga kolej untuk sentiasa mengutamakan aspek kebersihan.

ARTIKEL YANG SAMA