Jaga kebersihan bersama

Jaga kebersihan bersama

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Sept – Seramai 48 anggota polis dari Balai Polis Bangar, Daerah Temburong mengadakan aktiviti membersihkan kawasan Balai Raya Labu Estate bersama tiga ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Labu Estate baru-baru ini.

Menurut kenyataan di sini, senaman pemanasan badan terlebih dahulu dilakukan dengan larian sejauh 800 meter sebelum pembersihan dijalankan.

Turut hadir pada aktiviti tersebut ialah Pemangku Pegawai Penguasa Balai Polis Bangar, Inspektor Percubaan Renynold @ Daniell Chin dan Ketua Kampung Labu Estate, Haji Sulaiman bin Haji Nasir, selaku Pengerusi Pengawasan Kejiranan Kampung Labu Estate.

Gambar ramai para anggota polis yang terlibat dalam menjalani aktiviti tersebut.
Gambar ramai para anggota polis yang terlibat dalam menjalani aktiviti tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA