Jaga kebersihan kawasan kolej

Jaga kebersihan kawasan kolej

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15

April – Seramai 16 orang mahasiswa dan mahasiswi Tahun 1 dalam jurusan Sarjana Muda Perguruan Agama sesi 2015-2016, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), hari ini, mengadakan aktiviti membersihkan bangunan blok c dan menanam bunga di kawasan pusat ilmu teras kolej tersebut, di sini.

Aktiviti yang membawa tema ‘Keindahan Disyukuri, Kebersihan Didahului’ ini diadakan sebagai usaha untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara para mahasiswa dan mahasiswi di samping memupuk semangat cintakan alam sekitar dan cintakan kebersihan

Aktiviti yang bermula pukul 8 pagi hingga 11 pagi itu turut dihadiri Pensyarah Pusat Ilmu Teras, KUPU SB, Awang Amirol Rahim.

pg06_160416_d

Antara mahasiswa dan mahasiswi melakukan kerja-kerja membersihkan bangunan.
Antara mahasiswa dan mahasiswi melakukan kerja-kerja membersihkan bangunan.

Antara objektif aktiviti itu adalah untuk memelihara kebersihan bilik kuliah di samping menjadikan kawasan persekitaran kolej sebagai kawasan yang cantik dan indah.

Di samping itu, ia juga bagi meningkatkan keceriaan di kawasan KUPU SB untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi yang bermatlamat untuk memenuhi kewajipan sebagai seorang pemimpin dan melahirkan pelajar untuk bersifat bertanggungjawab serta amanah, berdisiplin terhadap kebersihan dan keindahan alam.