Jaga kebersihan masjid

Jaga kebersihan masjid

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 April – Masjid dirujuk sebagai rumah Allah mempunyai fungsi besar untuk dimanfaatkan, yang bukan sahaja merupakan tempat beribadah kepada Allah Subhanahu Wata’ala tetapi juga untuk dijadikan sebagai pusat aktiviti bagi masyarakat Islam.

Justeru penjagaan kebersihan masjid merupakan tanggungjawab semua termasuk kepada para pegawai masjid, ahli jawatankuasa takmir dan jemaahnya untuk sentiasa menjaga kesucian tempat beribadah ini sama ada di dalam atau di luar masjid.

Ke arah itu, Masjid Kampung Tanah Jambu, hari ini, telah mengadakan kerja bergotong-royong membersihkan masjid yang turut disertai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Zon II ‘B’, Daerah Brunei dan Muara, Haji Abdul Aziz bin Haji Yassin.

Pegawai Hal Ehwal Masjid Kampung Tanah Jambu, Awang Alimin bin Ismail ketika ditemui pada acara tersebut menjelaskan, tujuan aktiviti adalah untuk memakmurkan masjid dan salah satu acara bagi merapatkan tali silaturahim.

Antara yang menyertai kerja gotong-royong membersihkan kawasan dalam masjid.
Antara yang menyertai kerja gotong-royong membersihkan kawasan dalam masjid.

p07-3_20160425

“Selain itu, ia juga adalah sebagai mempersiapkan masjid dengan kedatangan bulan Ramadan dalam usaha memberi keselesaan jemaah melakukan amal ibadat dalam keadaan bersih, aman dan selesa,” tambahnya.

Aktiviti gotong-royong tersebut melibatkan ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid, Bahagian Jabatan Hal Ehwal Masjid, anggota Bomba dan Penyelamat, Muslimah Masjid, serta penduduk kampung dan sekitarnya.

ARTIKEL YANG SAMA