Jaga kebersihan tanah perkuburan

Jaga kebersihan tanah perkuburan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mac – Sempena memperingati penubuhannya yang ke-62 tahun, Jabatan Penjara telah mengadakan acara membersihkan kawasan di Tanah Perkuburan Kampung Pulaie, di sini, hari ini.

Turut menyertai acara itu ialah Pemangku Pengarah Penjara Haji Ismail bin Haji Murat, ketua-ketua pengurusan dan pegawai serta kakitangan Jabatan Penjara.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan diikuti dengan bacaan Tahlil yang dipimpin oleh Pegawai Penjara, Awang Sabtu bin Haji Abdul Ghani.

Acara tersebut tertumpu di pusara Allahyarham Ketua Wader 65 Pengiran Haji Sulaiman bin Pengiran Haji Abdul Rahman yang telah kembali ke rahmatullah pada 27 Februari 2016 lalu.

Jabatan Penjara mengadakan acara membersihkan Tanah Perkuburan Kampung Pulaie sempena Memperingati Penubuhan Jabatan Penjara yang ke-62 Tahun.
Jabatan Penjara mengadakan acara membersihkan Tanah Perkuburan Kampung Pulaie sempena Memperingati Penubuhan Jabatan Penjara yang ke-62 Tahun.