Jaga kebersihan tanah perkuburan

Jaga kebersihan tanah perkuburan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 6 Mac – Kira-kira 40 orang dalam kalangan anggota Daerah Polis Belait hari ini menyertai Majlis Membersihkan Tanah Perkuburan dan Bacaan Tahlil di Tanah Perkuburan Islam An-Naim, Anduki, di sini.

Hadir pada majlis yang dianjurkan oleh Daerah Polis Belait itu ialah Pegawai Unit Pendakwaan Mahkamah Daerah Polis, P/ASP Mohd Ruddy Mas Sharhain bin Haji Sarbini.

Turut hadir ialah Pegawai Menguasa Skuad Tindakan Segera Daerah Polis Belait, Inspektor Nasri bin Haji Razali dan Pegawai Menguasa Polis Keselamatan Padang Minyak LNG, Inspektor Haji Kaffli bin Lidus.

Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk memupuk semangat bekerjasama dan mengeratkan ikatan silaturahim antara satu sama lain serta bagi menjaga kebersihan persekitaran tanah perkuburan Islam di daerah ini.

Kerja gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam An-Naim Anduki oleh anggota Daerah Polis Belait.
Kerja gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam An-Naim Anduki oleh anggota Daerah Polis Belait.

Majlis amal yang dikendalikan oleh ahli jawatankuasa Majlis Badan Ugama Daerah Polis Belait itu, dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan seterusnya bacaan Tahlil serta Doa Arwah yang dipimpin oleh Bilal Surau Polis Panaga, APO Mohd Suzaidy bin Mohd Hassan.

Acara kemudian diteruskan dengan kerja-kerja membersihkan persekitaran tanah perkuburan berkenaan yang dilakukan secara bergotong-royong oleh kalangan yang menyertai majlis itu, selama kira-kira tiga jam.

ARTIKEL YANG SAMA