Jaga keselamatan kampung

Jaga keselamatan kampung

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 11 Sept – Untuk menjaga keselamatan kampung dan juga mukim, ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung dan Mukim Telisai dengan kerjasama Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Daerah Polis Tutong semalam mengadakan rondaan pencegahan jenayah.

Tujuan rondaan tersebut adalah bagi meninjau keselamatan kawasan dan sekitar Kampung Telisai agar tidak didatangi gejala-gejala jenayah atau aktiviti yang mencurigakan.

Rondaan dilaksanakan di Pasir Pantai Telisai dan sekitar Tumpuan Telisai Jalan Danau, Daerah Tutong.

Hadir menyertai rondaan ialah Penghulu Mukim Telisai, Haji Ramli bin Haji Lahit yang juga selaku Pemangku Ketua Kampung Telisai.

Gambar ramai yang mengikuti aktiviti rondaan pencegahan jenayah di Kampung Telisai, Tutong.
Gambar ramai yang mengikuti aktiviti rondaan pencegahan jenayah di Kampung Telisai, Tutong.

Rondaan melibatkan seramai lapan orang ahli Pengawasan Kejiranan Telisai bersama tujuh orang anggota Daerah Polis Tutong dengan diketuai wakil pegawai Daerah Polis Tutong, S/Sjn 2480 Mohd Azri bin Abdullah.

Rondaan pencegahan jenayah ini merupakan kali pertama diadakan di Kampung Telisai dan sekitarnya yang mana rondaan tersebut dijalankan hampir sejam setengah.

Semasa rondaan berjalan kaki dijalankan sehingga jam 12 tengah malam, tidak ada kegiatan jenayah atau aktiviti-aktiviti yang mencurigakan didapati.

ARTIKEL YANG SAMA