Jaga keselamatan persekitaran kampong

Jaga keselamatan persekitaran kampong

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Jan – Demi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda warga kampung, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sungai Akar telah mengadakan aktiviti menebang pokok di kampung berkenaan.

Aktiviti berkebajikan itu telah diadakan di tiga tempat berasingan yang hanya melibatkan pokok-pokok berhampiran rumah dan kabel eletrik yang boleh membahayakan rumah terdekatan serta penghuni di dalamnya jika tumbang ataupun kepatahan dahan atau rantingnya.

Aktiviti pembuka tirai Tahun Baru 2016 yang diketuai sendiri oleh Ketua Kampung Sungai Akar, Haji Ramlee bin Haji Mohd Zain berkenaan bermula di Simpang 120-14 bagi memotong pokok-pokok di belakang rumah Hajah Rajidah binti Haji Mohd Zain.

Kalangan warga Kampung Sungai Akar yang menyertai aktiviti menebang pokok yang diketuai oleh Haji  Ramlee (kanan).
Kalangan warga Kampung Sungai Akar yang menyertai aktiviti menebang pokok yang diketuai oleh Haji
Ramlee (kanan).

Aktiviti diteruskan di kawasan rumah Awang Metusin bin Haji Abdul Rahman di Simpang 120, Lot 246780, bagi menebang pokok dan memotong dahan pokok yang tumbuh berhampiran dengan tiang dan kabel elektrik di sana.

Aktiviti dari pagi hingga ke tengah hari itu berakhir di rumah Haji Salim bin Haji Momin yang terletak di Simpang 496 bagi memotong pokok-pokok kelapa yang tumbuh tinggi berhampiran rumah terbabit.

Menurut Haji Ramlee, aktiviti berkenaan memang sering dilakukan oleh MPK Sungai Akar dan akan terus diadakan dari semasa ke semasa.

ARTIKEL YANG SAMA