Jaga kesihatan bersama

Jaga kesihatan bersama

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Okt – Balai Polis Berakas dan Unit Pengawasan Kejiranan Kampung Lambak Kanan kawasan 2 baru-baru ini mengadakan aktiviti Walkaton bermula dan berakhir di Dewan Kemasyarakatan RPN kampung itu.

Aktiviti walkaton yang dimulakan dengan acara senaman memanaskan badan itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara balai dan unit itu disertai sama oleh Ketua Kampung Lambak Kanan, Haji Basri bin Haji Abu Bakar, anggota Pengawasan Kejiranan dan polis.