Jaga nama baik negara

Jaga nama baik negara

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Okt – Seramai 28 orang belia akan menyertai 331 belia dari 11 buah negara di dalam Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara (SSEAYP) bagi kali ke-42, tahun 2015 tidak lama lagi.

Majlis previu dan pembentangan kebangsaan (Persembahan Kebudayaan dan Pameran) bakal delegasi negara untuk program itu berlangsung di Dewan Digadong Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Haji Rosmadee bin Haji Mohd Daud.

Haji Rosmadee dalam ucapannya mengingatkan para peserta program tersebut bahawa selaku duta kecil negara, mereka perlu menunjukkan dan menjaga nama baik, imej dan identiti negara.

Beliau turut mengingatkan mereka agar mengamalkan sikap bersopan santun, berbudi bicara, toleransi dan sikap saling menghormati tanpa melihat aspek kebangsaan, fizikal, agama dan budaya peserta yang lain serta cuba mendalami dan mengaut sebanyak mungkin pengalaman berguna sepanjang penyertaan di dalam kapal dan di tempat persinggahan nanti.

Penyampaian sumbangan yang diterima oleh tetamu kehormat sebelum diserahkan kepada ketua kontinjen.
Penyampaian sumbangan yang diterima oleh tetamu kehormat sebelum diserahkan kepada ketua kontinjen.
Anggun... Barisan belia perempuan yang bakal menyertai Kapal Belia SSEAYP 2015.
Anggun… Barisan belia perempuan yang bakal menyertai Kapal Belia SSEAYP 2015.
Antara yang hadir di majlis previu dan pembentangan kebangsaan Program Kapal Belia SSEAYP 2015.
Antara yang hadir di majlis previu dan pembentangan kebangsaan Program Kapal Belia SSEAYP 2015.

Terdahulu, majlis dibuka dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat yang dibacakan Awang Abdul Alim Akmal Ahmad Fadzillah dan diteruskan dengan ucapan Ketua Kontinjen, Pengiran Anak Mohd Sofian bin Pengiran Anak Haji Ibrahim.

Sejurus selepas peragaan pakaian SSEAYP 2015, hadirin menyaksikan pembentangan dan previu persembahan barisan peserta negara dalam program pertukaran belia antara negara ASEAN dan Jepun yang diperkenalkan pada tahun 1974 itu.

Program SSEAYP 2015 akan berjalan selama 51 hari bermula 27 Oktober sehingga 16 Disember 2015 ini nanti.

ARTIKEL YANG SAMA