Jaguar F-Pace tiba di Brunei

Jaguar F-Pace tiba di Brunei

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Julai – Kereta mewah Jaguar F-Pace yang merupakan SUV Jaguar pertama di dunia dengan mengetengahkan penampilan sportif dan elegan, kini berada di pasaran Brunei menerusi Indera Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal jenama Jaguar di negara ini, dengan majlis pelancarannya yang berlangsung di Dewan Mutiara, Hotel Radisson, di sini, hari ini.

Pelancarannya telah disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Rashid bin Pengiran Kerma Raja Pengiran Haji Kamarulzaman.

Pengurus Eksekutif Kanan Indera Motors, Dayang Normala binti Othman, dalam ucapannya antara lain berkata bahawa Jaguar F-Pace menampilkan reka bentuk elegan yang berasaskan konsep C-X17 dan digabungkan dengan ciri-ciri daripada Jaguar F-Type seperti pada lampu belakang LED, bahagian belakang yang tampak tegap dan sebagainya.

Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Rashid bersama Dayang Normala melihat lebih dekat ruang dalam kenderaan tersebut.
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Rashid bersama Dayang Normala melihat lebih dekat ruang dalam kenderaan tersebut.
Bentuk badan Jaguar F-Pace menampilkan reka bentuk yang elegan.
Bentuk badan Jaguar F-Pace menampilkan reka bentuk yang elegan.
Orang ramai melihat lebih dekat kenderaan yang serba mewah tersebut.
Orang ramai melihat lebih dekat kenderaan yang serba mewah tersebut.

Jaguar F-Pace didatangkan dalam dua varian iaitu F-Pace R-Sport yang dikuasakan dengan enjin Supercharged V6 AWD Petrol 3.0 liter dengan kuasa 340PS, dan model F-Pace S dengan enjin Supercharged V6 AWD Petrol 3.0 liter berkuasa 380PS.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu bahawa Indera Motors juga menawarkan satu unit model F-Pace istimewa dinamakan First Edition, yang hanya terhad kepada 2,000 unit di seluruh dunia.

Sebagai sebuah kenderaan mewah, ia dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terkini dan bertaraf dunia, yang mana dengan kamera stereo yang canggih untuk Autonomous Emergency Braking System, F-Pace serba baru ini kini juga menampilkan fungsi pengesanan pejalan kaki. Di bahagian dalamannya pula, F-Pace menawarkan pengalaman kabin kelas pertama dengan ruang dalaman yang luar dan mewah.

ARTIKEL YANG SAMA