Jaguar XE segah namanya

Jaguar XE segah namanya

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Okt – Indera Motors Sdn Bhd, selaku pengedar kenderaan mewah jenama Jaguar di Brunei, semalam, telah melancarkan model terbaru ‘Jaguar XE’ di hadapan lebih 200 peminat jenama British itu.

Majlis yang berlangsung di Radisson Hotel, di ibu negara itu, menyaksikan kehadiran Pesuruhjaya Tinggi British ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama David Campbell bersama Pengurus Besar Indera Motors Sdn Bhd, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris yang sama-sama menyempurnakan pelancaran.

Memperkenalkan model tersebut dalam ucapannya pada majlis itu, YAM Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar berkata 75 peratus daripada rangka Jaguar XE diperbuat daripada aluminium yang menjadikannya kereta berprestasi tinggi. Malah, rangkanya yang dipertingkat juga menjadikannya kereta paling ringan pernah dibina.

Indera Motors menawarkan dua varian model berkenaan iaitu XE Prestige dan XE R-Sport.

YAM Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar dan TYT David Campbell (kanan) melancarkan Jaguar XE terbaru untuk pasaran di negara ini.
YAM Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar dan TYT David Campbell (kanan) melancarkan Jaguar XE terbaru untuk pasaran di negara ini.

pg09_151005_b

Jemputan yang hadir tidak melepaskan peluang melihat lebih dekat Jaguar XE yang baru dilancarkan itu.
Jemputan yang hadir tidak melepaskan peluang melihat lebih dekat Jaguar XE yang baru dilancarkan itu.

Jaguar XE terbaru ini dikuasakan dengan enjin petrol 2.0L Turbocharged yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.

Kereta ini mampu menjana kuasa kuda maksimum sehingga 200hp dan pada masa yang sama ia merupakan kereta mesra alam dengan pengeluaran karbon dioksida yang rendah.

Antara fungsi yang menarik perhatian pada model ini ialah sistem ‘All Surface Progress Control’ (ASPC) yang boleh membuat cengkaman elektronik dalam masa beberapa saat dan sesuai bagi permukaan jalan yang licin.

ARTIKEL YANG SAMA