‘Jaguar XF’ baru dilancar

‘Jaguar XF’ baru dilancar

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Feb – Pengedar tunggal Jaguar, Indera Motors Sdn Bhd semalam melancarkan model terbaru ‘Jaguar XF’ di pembukaan rasmi Pameran Perdagangan dan Pengguna Antarabangsa 2016 di Dewan BRIDEX, Jerudong.

Hadir melancarkan kereta terbaru Jaguar itu ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin sambil disaksikan oleh Pengurus Am Indera Motors Sdn Bhd, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah para pelanggan, peniaga dan juga pegawai-pegawai kerajaan.

Jaguar XF serba baru ini merupakan kereta berprestasi tinggi yang direka dengan komponen paling ringan dalam dua varian utama iaitu XF Prestige dan XF R-Sport.

Jaguar XF serba baru merupakan kereta berprestasi tinggi yang direka dengan komponen paling ringan.
Jaguar XF serba baru merupakan kereta berprestasi tinggi yang direka dengan komponen paling ringan.
Dr. Haji Abdul Manaf ketika meninjau lebih dekat ruangan dalam Jaguar XF. - Gambar oleh Dean Kasim.
Dr. Haji Abdul Manaf ketika meninjau lebih dekat ruangan dalam Jaguar XF. – Gambar oleh Dean Kasim.

Dengan enjin 2.0 liter i4 Turbocharged enam silinder dan transmisi 8 kelajuan automatik, Jaguar XF mampu menghamburkan kuasa sehingga 240PS dengan bantuan Single Monoscroll Turbocharges dan pada waktu yang sama, mesra alam.

Ia juga mempunyai fungsi canggih All Surface Progress Control (ASPC) yang sesuai untuk permukaan licin dan pernah meraih lebih 120 anugerah di seluruh dunia atas keindahan reka bentuknya, prestasinya dan lambang kemewahan.

ARTIKEL YANG SAMA