Jaguh Miami tersungkur

Jaguh Miami tersungkur

MIAMI, 29 Mac (AFP) – Andy Murray, yang beraksi jauh dalam perlawanan Terbuka Miami, akhirnya terkandas dalam pusingan ketiga semalam, tewas 6-7(1) 6-4 6-3 kepada pemain Bulgaria, Grigor Dimitrov.

Pemain Scotland itu mungkin menyedari akan masalah di Crandon Park selepas dua perlawanan pembukaan di gelanggang stadium berakhir dengan keputusan mengejutkan dengan pemain nombor satu dunia Serena Williams dan pemain nombor dua Agnieszka Radwanska, kedua-duanya mengalami kekecewaan.

“Jujur saya katakan, saya bermain lebih baik dalam detik-detik besar hari ini,’ Dimitrov memberitahu para pemberita. “Saya mendapat beberapa peluang dan saya telah gunakannya.”

“Meskipun saya tewas pada set pertama, saya terus mengawal perasaan dengan baik. Saya perlu bertahan dalam perlawanan dan saya mesti benar-benar fokus. Saya gembira dengan semua keadaan itu.”

Selepas memenangi set pembukaan yang sengit dengan mudah melalui tie-break 7-1, Murray dengan cepat mendapati dirinya pada break 2-0 dalam masa kedua dan itu yang diperlukan oleh pemain pilihan nombor 26, Dimitrov untuk menyamakan perlawanan.

Murray meninggalkan gelanggang selepas tewas kepada Grigor Dimitrov Bulgaria semasa Kejohanan Terbuka Miami di Crandon Park Tennis Center kelmarin. Murray terkandas dalam pusingan ketiga semalam, tewas 6-7(1) 6-4 6-3 kepada pemain Bulgaria, Grigor Dimitrov. – AFP
Murray meninggalkan gelanggang selepas tewas kepada Grigor Dimitrov Bulgaria semasa Kejohanan Terbuka Miami di Crandon Park Tennis Center kelmarin. Murray terkandas dalam pusingan ketiga semalam, tewas 6-7(1) 6-4 6-3 kepada pemain Bulgaria, Grigor Dimitrov. – AFP

Murray, jaguh Miami dua kali yang telah pernah sampai ke perlawanan akhir sebanyak tiga kali dalam tempoh empat tahun lalu, merebut inisiatif dalam set ketiga yang mengakibatkan saingannya dari Rusia itu kepada 3-1 tetapi Dimitrov yang penuh azam bangkit kembali untuk menyamakan kedudukan.

Servis break berterusan dengan Dimitrov berada di atas semula 4-3 dan pemain Bulgaria itu mengukuhkan kelebihannya dengan memegang servis bagi pendahuluan 5-3.

“Saya telah membuat banyak kesalahan dalam set ketiga,” kata Murray. “Selepas memenangi set pertama anda ingin mencuba dan memberi tekanan kepada pihak lawan.’

“Pujian untuknya. Dia lebih berhati-hati dari saya.”

Dimitrov akan bertemu dengan pemain Perancis, Gael Monfils yang telah mencipta kemenangan 6-3 6-4 ke atas Pablo Cuevas.