Jaguh tenis Australia bersara

Jaguh tenis Australia bersara

MELBOURNE, 22 Jan (Reuters) – Lleyton Hewitt berkata dia bangga dengan sumbangannya terhadap sukan gergasi tenis kelmarin selepas penampilan terakhirnya di Kejohanan Terbuka Australia.

Pemain Australia itu, yang akan menamatkan kerjaya 18 tahun tenisnya secara rasmi dalam acara beregu bersama Sam Groth, memberikan tentangan hebat ketika perlawanan perseorangan menentang David Ferrer, namun tidak dapat melawan takdir apabila tewas 6-2, 6-4, 6-4.

Selepas mengakhiri perlawanan sesi malam di Gelanggang Rod Laver buat kali terakhir, bekas pemain nombor satu dunia itu berkata kepada media dunia mengenai pencapaian-pencapaian terbaiknya.

Dia menegaskan mengenai kemenangannya di Terbuka Amerika Syarikat 2011 apabila dia menewaskan Pete Sampras pada pusingan akhir dan gelaran Wimbledon setahun selepas itu yang membuktikan permainan dari baseline boleh berjaya dalam sukan di mana kekuatan fizikal dan servis kencang mula mengambil alih.

“Saya berasa para pemain yang bermain dari belakang gelanggang secara jelasnya mula percaya apabila mereka melihat saya boleh melakukannya, terutamanya di semua jenis gelanggang,” dia memberitahu para wartawan.

Lleyton Hewitt bersama anak-anaknya mengucapkan selamat tinggal kepada Terbuka Australia. – Reuters
Lleyton Hewitt bersama anak-anaknya mengucapkan selamat tinggal kepada Terbuka Australia. – Reuters

“Ia merupakan cara permainan yang paling berubah mengenai bagaimana tenis dimainkan, terutamanya di gelanggang rumput.

“Tidak banyak pemain yang mahu kekal di belakang dan bermain dari belakang gelanggang.

“Banyak pemain mempelajari atau percaya mereka boleh melakukannya apabila bermain begitu. Itulah yang saya rasa pencapaian terbesar saya.

“Secara jelas saya berasa para pemain lain yang mula datang, dan Roger (federer) menjadikannya kepada satu tahap yang baru.

Hewitt sekarang akan mula menumpukan perhatian dalam membimbing pemain muda negaranya, pemain seperti Nick Kyrgios dan Thanasi Kokkinakis menjadi pasukan yang mampu untuk memenangi Piala Davis.

Jika mereka mempersembahkan semangat yang sama seperti apa yang dilakukannya sepanjang kerjayanya, apa yang berlaku seterusnya akan menjadi menarik.

“Saya menyukai setiap minit bermain buat Australia, memakai pakaian hijau dan emas,” kata Hewitt, apabila dia diapit oleh tiga anaknya di sidang media.

ARTIKEL YANG SAMA