Jaip samak restoran dimasuki babi hutan

Jaip samak restoran dimasuki babi hutan

KUANTAN, 3 Jun (Bernama) – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah menyertu (samak) restoran yang dimasuki seekor babi hutan di sini semalam.

Ketua Unit Pengurusan Halal JAIP, Noridzuan Abdul Manan berkata proses berkenaan dilakukan dengan kerjasama petugas restoran.

“Mereka melakukan proses sertu di seluruh kawasan yang dikenal pasti dilalui babi hutan berkenaan termasuk di ruangan makanan.

“Proses pembersihan dilakukan mengikut syarak melalui tunjukajar petugas JAIP,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pengunjung tidak perlu lagi bimbang dengan proses penyediaan makanan di restoran berkenaan.

Semalam Bernama melaporkan anggota Jabatan PertahananAwam Malaysiatelah mengeluarkan seekor babi hutan yang dipercayai tersesat dan memasuki restoran 24 jam itu.

Noridzuan juga berkata dapur restoran tersebut mempunyai sijil halal.

ARTIKEL YANG SAMA