JAIS tentukan status halal sosej ayam

JAIS tentukan status halal sosej ayam

KUCHING, 29 Sept – Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Bahagian Veterinar, Jabatan Pertanian Sarawak akan bekerjasama untuk menentukan status halal produk sosej ayam jenama ‘Rose Brand’.

JAIS berkata pihaknya beserta agensi penguat kuasa lain telah mengadakan pemeriksaan ke atas produk tersebut di Betong semalam.

Namun ia berkata semakan yang dilakukan ke atas lawan sesawang Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia mendapati nama syarikat tersebut tidak tersenarai dalam senarai Loji & Rumah Sembelih Yang Diiktiraf Di Luar Negara.

JAIS berkata pemilik premis berkenaan turut diminta mengemukakan bukti permit import dan sijil halal produk berkenaan untuk mengetahui status halal serta status kemasukannya ke Sarawak. – Bernama