Jakarta cadang benarkan pelacuran

Jakarta cadang benarkan pelacuran

JAKARTA, 28 Mei (Bernama) – Mengawal aktiviti pelacuran dengan ‘membenarkan’ pelacuran — begitulah cadangan yang dilemparkan pemerintahan Daerah Pemerintah Provinsi Daerah Khusus Ibukota (DKI) Jakarta.

Akhbar tempatan melaporkan aktiviti pelacuran mungkin akan dibenarkan di beberapa buah kawasan di Jakarta sebagai usaha mengawal kegiatan pelacuran secara haram yang berlaku di bilik sewa dan apartmen.

Idea untuk ‘melegalkan’ aktiviti pelacuran dan mewujudkan ‘pekerja industri seks’ yang berdaftar itu ditimbulkan Gabenur Jakarta Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok, ekoran berlaku pelbagai kejadian tidak diingini, termasuk kes jenayah.

Bagaimanapun, idea Ahok itu dibantahi Wakil Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia Ma’ruf Amin yang dipetik media sebagai berkata cadangan melegalkan pelacuran adalah langkah yang salah dan menyimpang daripada ajaran syariat Islam.