Jakarta dihantui serangan trio militan

Jakarta dihantui serangan trio militan

JAKARTA, 5 Feb – Perebutan kuasa di antara tiga militan IS kelahiran Indonesia di Syria boleh mencetuskan gelombang keganasan di Asia Tenggara, kata pegawai kanan polis.

Ia berikutan mereka saling berusaha menunjukkan kekuasaan yang mengancam untuk merancang lebih banyak serangan seperti di Jakarta bulan lalu.

Operasi yang dilakukan berikutan serangan di ibu kota Indonesia itu mendedahkan jaringan kompleks sel militan kecil-kecilan yang bekerja menurut perintah ketua yang saling bersaing di Syria.

Tiga warga Indonesia yang kini berada di Syria, Bahrumsyah, Abu Jandal dan Bahrun Naim, disyaki merancang serangan sepanjang 2015.

Polis pada awalnya menuduh Naim, militan berprofil tinggi dari Jawa Tengah dikenali kerana sikap radikal online, sebagai dalang serangan bulan lalu.

Tiga warga Indonesia yang kini berada di Syria, Bahrumsyah, Abu Jandal dan Bahrun Naim, disyaki merancang serangan sepanjang 2015. – Reuters
Tiga warga Indonesia yang kini berada di Syria, Bahrumsyah, Abu Jandal dan Bahrun Naim, disyaki merancang serangan sepanjang 2015. – Reuters

Setiap seorang daripada mereka menggalakkan pengikut masing-masing di Indonesia supaya melancarkan berani mati di negara itu, menyediakan wang tunai dan panduan dengan harapan memikat kepimpinan IS dengan operasi menggemparkan.

“Mereka bertiga saling bersaing untuk mendapatkan pujian daripada pusat arahan IS dengan melancarkan serangan. “Sebaik berjaya, mereka akan dilantik memimpin IS di Indonesia,” kata ketua polis Jakarta, Tito Karnavian. – AFP