Jakarta Selatan dilanda banjir besar

Jakarta Selatan dilanda banjir besar

JAKARTA, 22 April – Kota Bekasi di Jakarta Selatan dilanda banjir besar sedalam 2 hingga 3 meter sejak tengah hari tadi apabila hujan lebat di daerah itu sejak awal pagi kelmarin.

Antara kawasan yang paling serius dilanda banjir ialah Perumahan Pondok Gede Permai di mana ratusan penduduknya kerugian ribuan ringgit apabila tidak sempat menyelamatkan harta benda setelah kediaman mereka dilanda banjir pagi tadi.

Media dalam memetik laporan pejabat Polis Daerah Metro Jakarta di sini bahawa kawasan lain yang terlibat ialah Perumahan Polis di Jalan Pondok Karya, Mampang, Jakarta Selatan.

Seorang anggota polis peronda di Mampang, Tampono dipetik sebagai berkata bahawa hujan lebat sejak 3 pagi berterusan sehingga tengah hari tadi. Banjir itu adalah yang terbesar sejak dua tahun lepas namun, belum ada penduduk yang dipindahkan setakat ini. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA