Jalan dinaiki air

Jalan dinaiki air

KOTA KINABALU, 2 Nov (Bernama) – Jalan Minintod-Penampang-Jalan Minintod dari kedua-dua arah tidak boleh dilalui buat sementara waktu kerana dinaiki air berikutan hujan lebat berterusan hampir dua jam, petang tadi.

Petugas Bilik Kawalan Balai Bomba Penampang Afiq Mohd Rais berkata jalan itu dinaiki air pada paras lutut selain berlaku tanah runtuh kecil di kawasan berhampiran.

“Pengguna dinasihatkan menggunakan jalan lain kerana jalan itu tidak boleh dilalui buat masa ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Berdasarkan ramalan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi, pantai barat.

Sabah mengalami ribut petir di beberapa tempat dan akan berterusan sehingga malam ini.

ARTIKEL YANG SAMA