Jalan, jejambat dan pusing keliling di BSB, dinamakan

Jalan, jejambat dan pusing keliling di BSB, dinamakan

DENGAN hormat sukacitanya merujuk kepada artikel pengarang, Awang Marol yang diterbitkan di Media Permata yang bertajuk ‘Sebahagian Jalan Perlu Punya Nama Khas’ keluaran hari Isnin, 28 September 2015.

Jabatan ini ingin mengucapkan terima kasih kepada Awang Marol yang telah mengetengahkan perkara ini.

Sukacita memaklumkan Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan adalah agensi yang bertanggungjawab bagi meneliti kertas cadangan penamaan jalan-jalan di kawasan Bandar Seri Begawan.

Sukacita memaklumkan bahawa kebenaran telah diperolehi bagi penamaan jalan-jalan, jejambat dan pusing keliling dalam kawasan Bandar Seri Begawan seperti berikut:

Penamaan ke atas lima batang jalan di kawasan Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan seperti berikut:

i: Nama Jalan Stadium diubah kepada Jalan Stadium Selatan;

ii: Jalan Stadium Negara Hassanal Bolkiah;

iii: Jalan Stadium Belapan;

iv: Jalan Stadium Tertutup; dan

v: Jalan Sukan kepada Jalan Stadium Utara.

Penamaan semua 10 jejambat dan terowong dalam Bandar Seri Begawan seperti berikut:

i: Jejambat Hassanal Bolkiah;

ii: Jejambat Al-Muhtadee Billah;

iii: Terowong Jame’ ‘Asr;

iv: Jejambat Gadong;

v: Jejambat Pangkalan Gadong;

vi: Jejambat Kompleks Jabatan Kerajaan;

vii: Jejambat Lapangan Terbang;

viii: Jejambat Berakas;

ix: Jejambat Estet Gadong; dan

x: Jejambat Tungku.

Penamaan pusing keliling dalam Bandar Seri Begawan seperti berikut:

i: Pusing Keliling Jame’ ‘Asr

ii: Pusing Keliling Pengiran Babu Raja

iii: Pusing Keliling Industri Beribi

iv: Pusing Keliling Perdana

v: Pusing Keliling Stadium

vi: Pusing Keliling Berakas

vii: Pusing Keliling Lapangan Terbang

viii: Pusing Keliling Sungai Akar

ix: Pusing Keliling Manggis

Label-label jalan, jejambat dan terowong serta pusing keliling akan dilabel oleh Jabatan Ukur dalam masa terdekat.

Jabatan ini mengambil kesempatan jika ada sebarang cadangan bagi penamaan jalan untuk disampaikan kepada Pegawai Perhubungan Awam di Jabatan ini di talian 2224928 pada waktu pejabat.

– Pengiran Dato Paduka Haji Abd Rahman bin Pengiran Seri Indera Haji Ismail, Pengerusi Lembaga Bandaran, Bandar Seri Begawan

ARTIKEL YANG SAMA