Jalan lencongan dibuka

Jalan lencongan dibuka

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Dis – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan bahawa jalan lencongan di Jalan Rakyat Jati Rimba Simpang 113 hingga Simpang 12 akan mula digunakan esok (Rabu 30 Disember) bermula jam 9 pagi.

Ini adalah bagi membolehkan kerja- kerja menaikkan taraf Jalan Rakyat Jati Rimba dari Simpang 113 hingga Simpang 12, Jalan Rakyat Jati Rimba dilaksanakan.

Manakala itu, Simpang 82 akan ditutup sementara dan orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan Simpang 126 sebagai jalan alternatif.

JKR dalam satu kenyataan di sini berkata, sistem lampu isyarat di persimpangan Jalan Rakyat Jati Rimba/Jalan Simpang 126 juga akan mula beroperasi esok bermula jam 9 pagi.

Sehubungan itu para pengguna jalan raya diingatkan agar sentiasa memandu dengan berhati-hati dan mengambil sikap bertimbang rasa serta mematuhi papan-papan tanda dan lampu isyarat yang telah disediakan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan ini melalui Talian Darussalam: 123, Facebook: Jabatan Kerja Raya, Negara Brunei Darussalam dan emel pro@pwd.gov.bn.

Peta menunjukkan jalan yang akan ditutup di kawasan berkenaan.
Peta menunjukkan jalan yang akan ditutup di kawasan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA