Jalan penghubung dibuka 27 September

Jalan penghubung dibuka 27 September

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Sept – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) ingin memaklumkan kepada orang ramai dan pengguna jalan raya terutama kepada ibu bapa dan penjaga penuntut di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna (SU PAPM) dan sekolah sekitarnya mengenai pembukaan jalan penghubung dari SU PAPM ke Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada hari Selasa, 27 September 2016, Jam 9 pagi.

Selain itu, jalan masuk ke SU PAPM (berdekatan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan) masih dikekalkan sebagai jalan dua hala, manakala jalan dari Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan menuju ke SU PAPM dan seterusnya keluar menghala ke Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dijadikan sebagai satu hala sahaja.

Sehubungan itu, JKR dalam kenyataannya mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan terutama setelah menghantar atau mengambil anak-anak sekolah di kawasan tersebut bagi melancarkan pergerakan lalu lintas.

Orang ramai boleh menghubungi pihak JKR untuk sebarang aduan melalui Talian Darussalam: 123, Facebook JKR Brunei Darussalam dan e-mel: pro@pwd.gov.bn

 

ARTIKEL YANG SAMA