Jalan raya disangka landasan kapal terbang

Jalan raya disangka landasan kapal terbang

MUMBAI, 24 Mei (AFP) – Sebuah syarikat penerbangan India menggantung perkhidmatan dua juruterbangnya kerana cuba mendaratkan pesawat di atas jalan raya yang disangkakan landasan, menurut syarikat itu semalam.

Penerbangan IndiGo dari Ahmedabad di negeri Gujarat ke Jaipur di Rajasthan dikatakan hampir mendarat apabila juruterbang dikejutkan dengan amaran “permukaan terlalu rendah” di kokpit, menurut IndiGo dalam satu kenyataan.

“Kapten yang bertugas pantas mengambil langkah berjaga-jaga dan terus berlegar di udara. Pesawat itu mendarat dengan selamat dalam cubaan seterusnya,” tambah kenyataan itu.

Insiden yang berlaku pada 27 Februari lalu itu adalah yang terkini dan meningkatkan kebimbangan membabitkan keselamatan sektor penerbangan India yang sedang berkembang pesat.

The Hindustan Times memetik seorang pegawai penerbangan berkata bahawa pesawat itu berada pada ketinggian sekitar 900 kaki dan 90 saat dari mendarat di sebuah jalan yang selari menuju landasan.

IndiGo berkata juruterbang itu sedar atas kesilapan mereka yang mana pihak kawalan di darat telah memberi amaran atas situasi tersebut, dan memberitahu kokpit bahawa pesawat itu berada dalam bahaya untuk mendarat dan boleh terkena sesuatu.

ARTIKEL YANG SAMA