Jalan rosak cetus kebimbangan penduduk

Jalan rosak cetus kebimbangan penduduk

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Penduduk di Jalan Perindustrian Serasa melahirkan rasa bimbang dengan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan tersebut terutama sekali pada waktu malam dan waktu hujan, berikutan keadaan jalan raya yang rosak dan berlubang-lubang.

Salah seorang penduduk kampung berkenaan berkata, kerosakan jalan yang berlubang  teruk sejak setahun lalu itu, kini menjadi lebih teruk sehinggakan ada sebahagian jalan yang berlubang menyebabkan air bertakung dan besi jalan itu turut dapat dilihat.

Melihat kepada keadaan jalan yang semakin teruk itu, kenderaan kecil juga sering rosak disebabkan mengelak jalan yang rosak, olah itu diharap pihak berkenaan akan dapat mengambil tindakan segera bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Keadaan jalan berlubang yang menimbulkan kebimbangan kepada penduduk yang menggunakan laluan di Perindustrian Serasa.
Keadaan jalan berlubang yang menimbulkan kebimbangan kepada penduduk yang menggunakan laluan di Perindustrian Serasa.

ARTIKEL YANG SAMA