Jalan rosak di Kampung Panchong

Jalan rosak di Kampung Panchong

Kami penduduk Kampung Panchong, Mukim Lamunin ingin meluahkan rasa kesal dengan keadaan jalan raya di kampung kami yang rosak dan sukar dilalui oleh kenderaan kecil, lebih-lebih lagi ketika musim hujan apabila lopak-lopak besar tidak lagi kelihatan akibat ditenggelami air.

Keadaan sedemikian tidak lagi selamat, malah membahayakan kepada kereta kecil. Begitu juga halnya jika berlaku kes kecemasan seperti memerlukan bantuan ambulans dan sebagainya. Keadaan jalan raya yang tidak mengizinkan ini setentunya menyukarkan dan melambatkan bantuan tiba kepada pesakit.

Kami telah membuat aduan mengenai perkara ini kepada ke-tua Kampung Panchong yang seterusnya mengajukannya kepada pihak Jabatan Daerah Tutong dan juga Jabatan Kerja Raya, namun sehingga kini belum ada tindakan yang diambil oleh pihak-pihak berkenaan. Soalannya kenapa dibiarkan berpanjangan? Adakah tiada peruntukan untuk pembaikan jalan raya? Tidak pentingkah keselamatan orang kampung dan kemudahan jalan raya? Mohon diberi penjelasan dan bantuan yang secepatnya. – Perlu Bantuan

Keadaan jalan yang rosak di Kampung Panchong, Mukim Lamunin.
Keadaan jalan yang rosak di Kampung Panchong, Mukim Lamunin.

ARTIKEL YANG SAMA