Jalan Rumpou, Kg Rambai, Tutong ditutup

Jalan Rumpou, Kg Rambai, Tutong ditutup

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jan – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan kepada orang ramai bahawa Jalan Rumpou, Kampung Rambai, Tutong ditutup sementara bermula kelmarin (9 Januari).

Menurut kenyataan JKR, penutupan berkenaan disebabkan terdapatnya kerosakan pada jambatan ‘Bailey’ di Jalan Rumpou dan ia tidak selamat untuk dilalui oleh pengguna jalan raya.

Sehubungan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan raya untuk menggunakan jalan alternatif yang berdekatan sepanjang tempoh penutupan dan pembaikan.

Selain itu pengguna jalan raya juga dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan-papan tanda arahan yang disediakan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel pro@pwd.gov.bn.

ARTIKEL YANG SAMA