Jalan tutup di Kampung Petani, Tutong

Jalan tutup di Kampung Petani, Tutong

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jan – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutama kepada pengunjung dan penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Kampung Petani, Bandar Tutong, Simpang 123-170-29, ditutup sementara sepenuhnya. Penutupan simpang berkenaan yang telah bermula pada 2 Januari 2017 sehingga 2 Februari 2017 adalah disebabkan kerja-kerja penanaman paip pembetung bawah tanah, menurut kenyataan JKR.

Sehubungan itu, JKR menasihatkan penduduk dan pengguna jalan raya yang melalui simpang berkenaan menggunakan Simpang 14-38 sebagai jalan alternatif bagi menuju ke destinasi yang ditujui. Di samping itu juga, pengguna-pengguna jalan raya dinasihati untuk sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur sesama pengguna jalan raya yang lain demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam123 / Livechat 8333123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel pro@pwd.gov.bn.

ARTIKEL YANG SAMA