Jalankan tugas dengan penuh komitmen, berwibawa

Jalankan tugas dengan penuh komitmen, berwibawa

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Julai Pegawai dan kakitangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seharusnya memberikan sepenuhnya komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Tanpa komitmen itu, mereka tidak dapat menjalankan tugas yang telah diberikan, kata Pemangku Timbalan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Hajah Sariani binti Haji Ishak, yang juga merupakan seorang penerima Pingat Kerja Lama (P.K.L) ketika ditemu bual oleh Media Permata pada Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat Kerja Lama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-68 tahun bagi tahun 2014 dan ke-69 tahun bagi tahun 2015, hari ini.

“Jadi komitmen itu sangat penting, kita harus memiliki sifat komitmen. Apa-apa tugas yang telah diamanahkan kepada kita, kita harus membuatnya, melaksanakannya dengan jujur, penuh tanggungjawab dan juga siap pada waktu yang telah ditetapkan,” tambah beliau lagi di majlis yang berlangsung di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

Hadir di majlis berkenaan dan menyempurnakan penyampai-an P.K.L kepada seramai 85 orang penerima ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi menyampaikan P.K.L kepada Hajah Sariani.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi menyampaikan P.K.L kepada Hajah Sariani.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi menyampaikan pingat kepada salah seorang penerima.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi menyampaikan pingat kepada salah seorang penerima.

p08-3_20160706

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi yang menghadiri majlis berkenaan.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi yang menghadiri majlis berkenaan.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi bergambar ramai dengan para penerima P.K.L. di majlis berke-naan.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi bergambar ramai dengan para penerima P.K.L. di majlis berke-naan.

Turut hadir ialah setiausaha-setiausaha tetap di KKBS, Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, timbalan setiausaha tetap, para pegawai kanan serta warga KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Hajah Sariani turut berkata bahawa kerjasama padu daripada semua pihak iaitu daripada pihak atasan dan pihak bawahan adalah amat penting dan harus diwujudkan kerana tanpa kerjasama itu, sesuatu kerja yang telah diberikan itu, tidak dapat menghasilkan kerja yang cemerlang dan gemilang.

“Kita harus bertang-gungjawab terhadap tugas-tugas yang telah diberikan itu dan juga kita hendaklah memupuk jalin silaturahim di antara rakan-rakan setugas. Tanpa silaturahim yang kita semai itu, kita juga tidak dapat menjalankan tugas dengan baik.”

Penganugerahan pingat berkenaan adalah sebagai tanda penghargaan dan bukti kepada penerima atas jasa bakti mereka kepada raja, kerajaan dan tugasan yang diamanahkan.

ARTIKEL YANG SAMA