Jalin hubungan kekeluargaan bersama penghuni

Jalin hubungan kekeluargaan bersama penghuni

Oleh Hajah Saemah Kepli

SERIA, 16 Feb – Setiap kali menjelang Tahun Baru Cina, Presiden Dewan Perniagaan Tiong Hua, Kuala Belait, Yang Dimuliakan Pehin Bendahari China Dato Paduka Onn Siew Siong tidak akan pernah ketinggalan untuk mengunjungi Rumah Orang-orang Tua di pekan ini.

Kunjungan Yang Dimuliakan Pehin Onn Siew Siong baru-baru ini adalah bertujuan untuk sama-sama memeriahkan suasana sambutan Tahun Baru Cina yang sudah memasuki hari kesembilan, selain menceriakan warga emas yang menjadi penghuni di rumah tersebut dengan menghulurkan pemberian Ang Pow.

Seperti lazimnya, Yang Dimuliakan Pehin, 79, juga meluangkan masa menikmati jamuan tengah hari bersama dan sebagai tanda rasa keprihatinan kepada penghuninya yang tiada mempunyai ahli keluarga terdekat, beliau turut menyuapkan nasi kepada salah seorang warga emas di rumah itu, yang menunjukkan suatu hubungan kekeluargaan.

Yang Dimuliakan Pehin memberitahu Media Permata, beliau rasa bersyukur kerana masih boleh terus mengunjungi penghuni rumah orang-orang tua di pekan ini, dan berharap semoga beliau dikurniakan kesihatan dan panjang umur agar dapat bertemu lagi pada tahun-tahun seterusnya bersempena sambutan Tahun Baru Cina.

Yang Dimuliakan Pehin Bendahari China Dato Paduka Onn Siew Siong merakamkan gambar kenangan bersama penghuni Rumah Orang-orang Tua Pekan Seria.
Yang Dimuliakan Pehin Bendahari China Dato Paduka Onn Siew Siong merakamkan gambar kenangan bersama penghuni Rumah Orang-orang Tua Pekan Seria.

Kunjungan itu juga telah dimeriahkan dengan sesi bergambar ramai Yang Dimuliakan Pehin bersama penghuni-penghuni Rumah Orang-orang Tua serta sukarelawan rumah tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA