Jalin hubungan penjawat awam dua negara

Jalin hubungan penjawat awam dua negara

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Nov – Sebuah pasukan yang terdiri daripada Pembantu Pejabat Perkhidmatan Awam iaitu Pasukan PPS (Pembantu Pejabat Senegara) telah mengadakan satu perlawanan persahabatan bersama Pasukan Cbuti Oldstar iaitu gabungan guru-guru dan kakitangan sebuah sekolah di Lutong, Miri dalam perlawanan yang diadakan di Kompleks Sukan, Miri Petroleum, Lutong, Sarawak, kelmarin.

Perlawanan persahabatan itu bertujuan untuk meningkatkan hubungan kerjasama antara para pemain dalam pasukan dan juga antara para penjawat awam di rantau ini.

Jurucakap Pasukan PPS menjelaskan bahawa perlawanan tersebut telah mencapai objektif penubuhan pasukan yang bukan sahaja daripada aspek kesukanan malah daripada aspek persahabatan dan hubungan erat di antara kedua-dua negara.

Pasukan PPS telah mula ditubuhkan pada September lepas yang mana telah mendapat sokongan daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Pembangunan.

Pasukan PPS (hitam kuning) bergambar bersama Pasukan Cbuti Oldstar sebelum perlawanan bermula.
Pasukan PPS (hitam kuning) bergambar bersama Pasukan Cbuti Oldstar sebelum perlawanan bermula.