Jalinan muhibah persatuan pengakap

Jalinan muhibah persatuan pengakap

Oleh Sim Y. H.

Gambar oleh PPDBM

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mei – Dengan hasrat untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan bertukar-tukar pandangan di antara pengakap kedua-dua buah negara berjiran, Persatuan Pengakap Daerah Brunei Muara (PPDBM) dan Majlis Pemimpin Pengakap Daerah Limbang mengadakan Program Perkhemahan Pengakap Jalinan Muhibah Limbang dan Brunei Muara 2016 yang berlangsung di Kampung Meritam, Limbang, Sarawak, baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PPDBM, di sini, hari ini, program perkhemahan yang dikendalikan dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Meritam (JKKK) dan Kawasan Rukun Tetangga Kampung Meritam (KRT) berlangsung selama tiga hari bermula 13 Mei.

Perkhemahan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Limbang, Yang Berhormat Haji Hasbi bin Habibollah.

Hadir sama ialah Naib Yang Di-Pertua Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam, Pengiran Haji Wahab bin Pengiran Hassan.

Penyampaian cenderahati di antara kedua-dua belah pihak.
Penyampaian cenderahati di antara kedua-dua belah pihak.

ARTIKEL YANG SAMA