Jamaica hadapi Matthew

Jamaica hadapi Matthew

PORT-AU-PRINCE, 3 Okt – Haiti bersiap sedia menghadapi banjir kilat dan angin kencang dari puting beliung paling berbahaya, iaitu puting beliung Matthew ketika ribut kuat itu kekal kedudukan pada laluan yang menyasarkan negara termiskin hemisfera itu pada awal hari ini.

Pusat puting beliung Kategori 4 yang menghampiri itu, dengan kekuatan angin pada maksimum 215 kilometer sejam awal hari ini, dijangka melintasi timur Jamaica dan kemudian menyeberangi atau sangat dekat dengan hujung barat daya Haiti lewat hari ini atau awal esok hari, menurut Pusat Ribut Taufan Kebangsaan AS di Miami.

Ia diramalkan melanda Cuba, yang terletak di hujung timur yang kurang ramai penduduk pada tengah hari esok.

Peramal cuaca berkata sebanyak-banyaknya 40 inci turunan hujan dijangkakan di beberapa kawasan terpencil, Haiti, yang menimbulkan kebimbangan kejadian teruk gelongsor lumpur dan banjir di negara yang dibasmi hutan itu yang mana ramai keluarga tinggal di rumah yang tidak kukuh dengan bumbung logam.

“Sebilangan daripada kami akan mati tetapi saya berdoa tidak akan begitu ramai,” kata Serge Barionette di bandar selatan, Gressier, tempat terletaknya sebatang sungai yang airnya berulang-ulang kali melimpah keluar dari tebingnya ketika ribut teruk.

Kenderaan-kenderaan meredah jalan yang dibanjiri akibat hujan lebat di perbandaran Kingston Jamaica, pada 2 Oktober. – AP
Kenderaan-kenderaan meredah jalan yang dibanjiri akibat hujan lebat di perbandaran Kingston Jamaica, pada 2 Oktober. – AP

Amaran puting beliung berkuat kuasa di Haiti, Jamaica, dan beberapa bahagian Cuba. Hujan telah pun melanda beberapa kawasan di Jamaica dan membanjiri beberapa buah rumah, tetapi pihak peramal cuaca mengatakan kawasan luar bandar selatan Haiti sekitar Jeremie dan Les Cayes mungkin menyaksikan turunan hujan paling teruk dan angin kencang yang menyeksakan.

“Di mana saja pusat itu melintas dekat akan menyaksikan angin amat kuat dan itulah ramalan akan berlaku di hujung barat Haiti,” kata John Cangilosi, pakar puting beliung di pusat AS.

“Timbul kebimbangan yang amat turunan hujan di sana dan juga kebimbangan besar landaan ribut taufan.”

Matthew adalah salah satu puting beliung Atlantik paling kuat dalam tempoh sejarah kebelakangan sejak Felix dalam tahun 2007. Pusat ribut taufan itu mengatakan ribut nampaknya pada laluan akan melintasi timur Florida melalui Bahamas, tetapi terlalu awal untuk meramalkan dengan pasti sama ada ia akan mengancam mana-mana tempat di Pantai Timur AS.

Para pegawai agensi perlindungan awam Haiti berkata kira-kira 1,300 tempat perlindungan kecemasan di seluruh negara, cukup untuk menampung sehingga 340,000 orang. Pihak berkuasa mengeluarkan amaran melalui radio yang memaklumkan orang ramai supaya segera mematuhi amaran supaya berpindah, cuba mencegah kebiasaan orang ramai cuba tinggal di rumah untuk melindungi diri mereka ketika bencana alam. – AP

ARTIKEL YANG SAMA