Jamaica Kejutkan As

Jamaica Kejutkan As

ATLANTA, 23 Julai – ‘Reggae Boyz’ Jamaica yang menumpaskan juara bertahan Amerika Syarikat 2-1 semalam, menjadi skuad Caribbean pertama melangkah ke final Piala Emas dengan mengejutkan tuan rumah yang begitu disukai.

Selepas pemain pertahanan Jamaica mengganggu serangan AS dalam setengah jam pertama, Darren Mattocks mencipta gol pertama pada minit ke-31 dan Giles Barnes menjaringkan gol melalui tendangan percuma pada minit ke-36 ekoran kesalahan kontroversi penjaga gol AS, Brad Guzan sekali gus meletakkan Jamaica mendahului permainan 2-0.

Kapten AS Michael Bradley berjaya menjaringkan gol pada minit ke-48 tetapi pasukan AS tidak mampu menyamakan kedudukan dan tewas kepada Jamaica yang 1-13 dengan lapan seri dalam perlawanan sebelumnya.

“Kami mencipta sejarah dengan melangkah ke perlawanan akhir. Itu menunjukkan apakah kemampuan pasukan ini,” kata Barnes. “Kami telah mengejutkan beberapa orang tetapi kami tidak mengejutkan diri kami sendiri…kami tidak takut kepada sesiapa pun. Kami mengetengahkan pasukan hebat.”

Pada Ahad di Philadelphia, Jamaica akan bermain bagi meraih gelaran menentang jaguh enam kali, Mexico, yang menumpaskan Panama 2-1 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir kejohanan dwitahunan bola sepak serantau Amerika Utara yang diadakan dua tahun sekali.

Darren Mattocks (11) meraikan gol pertama Jamaica bersama Je-Vaughn Watson (15) semasa menentang AS, semalam. – Reuters
Darren Mattocks (11) meraikan gol pertama Jamaica bersama Je-Vaughn Watson (15) semasa menentang AS, semalam. – Reuters

“Kami tidak boleh berpesta sekarang. Kami masih ada satu lagi perlawanan,” kata jurulatih Jamaica Winfred Schaefer. “Bob Marley datang selepas perlawanan.”

Di Jamaica, muzik mendiang legenda reggae mungkin dimainkan sepanjang hari dan malam sehingga perlawanan.

“Sukar dipercayai. Perasaan masa ini hanyalah teruja,” kata Barnes. “Telefon tidak berhenti berdering. Di Jamaica pasti ada pesta. Ia malah lebih besar apabila kami menjulang piala Ahad nanti.”

Jaguh lima kali, Amerika telah memenangi lima perlawanan separuh akhir Piala Emas tetapi dikecewakan oleh Jamaica pada 1993 dan 1998.

Jamaica adalah pasukan separuh akhir pertama Caribbean sejak Guadeloupe pada 2007. – AFP