Jambatan Batang Sungai Sadong dijangka mula diguna Oktober

Jambatan Batang Sungai Sadong dijangka mula diguna Oktober

ASAJAYA (Sarawak), 28 Ogos – Jambatan Sungai Batang Sadong sepanjang 1.48 kilometer berharga RM211.3 juta dijangka dibuka untuk kegunaan umum menjelang minggu pertama bulan Oktober depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Beliau berkata pembinaan jambatan terpanjang menyeberangi sungai di Malaysia itu yang dimulakan pada 5 Julai 2012 kini 98.52 peratus siap, lebih awal daripada yang ditetapkan dan dijadualkan siap sepenuhnya pada 4 Okt 2016.

Apabila siap kelak, jambatan itu semestinya memberi keselesaan kepadapenduduk Simunjan dan Sebuyau untuk berulang-alik ke bandar Kuching sejauhkira-kira 80 km, katanya ketika meninjau perkembangan pembinaan jambatan itu diKampung Sungai Buluh, kira-kira 80 km dari Kuching, hari ini.

Nancy, yang juga Anggota Parlimen Batang Sadong, berkata pembinaan jambatan berkenaan diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2011 ketika lawatan beliau ke kawasan Batang Sadong.

“Saya amat berterima kasih kepada perdana menteri kerana meluluskan projekyang amat dinantikan oleh rakyat di kawasan ini serta pihak Jabatan Kerja Rayakerana bersungguh-sungguh untuk memastikan projek ini disiapkan mengikut jadual,” katanya.

Di samping itu, Nancy berkata pembinaan jambatan itu juga memendekkan perjalanan dari Kuching ke Sibu kira-kira 2 jam setengah berbanding lapan jam sekarang. Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Sadong Jaya Aidel Lariwoo yang turut hadir mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana meluluskan projek berkenaan yang sudah tentu memberi kesenangan kepada rakyat di kawasan beliau.

“Kesabaran penduduk di sini menunggu pelaksanaan projek jambatan ini amat dihargai,” katanya, dan menambah, ia satu lagi bukti kerajaan menunaikan. – Bernama