Jambatan gantung popular runtuh, ragut 7

Jambatan gantung popular runtuh, ragut 7

BOGOTA, Colombia, 10 Jan – Sebuah jambatan gantung popular dengan pelancong di kawasan luar bandar di pusat Colombia runtuh, membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang dan mencederakan 14 lagi.

Jambatan berhampiran bandar Villavicencio adalah satu tarikan utama pelancong. Pihak berkuasa berkata, ia berkemungkinan disebabkan oleh bebanan berat sepanjang tiga hari percutian hujung minggu yang sibuk. Mereka yang cedera kini dirawat di sebuah hospital tempatan. Pegawai-pegawai berkata mereka bimbang bahawa angka kematian akan meningkat kerana kecederaan yang dialami mangsa selepas jatuh 80 meter (265 kaki) ke dalam gaung yang amat teruk.

Anggota bomba di tempat kejadian sedang melakukan operasi menyelamat dan berkata yang terbunuh termasuk lima orang dewasa dan dua kanak-kanak. – AP

ARTIKEL YANG SAMA