Jambatan kaca terpanjang dunia dibuka

Jambatan kaca terpanjang dunia dibuka

CHANGSHA, 28 Sept – Jambatan kaca terpanjang dan tertinggi di dunia, di Zhangjiajie, Wilayah Hunan, akan dibuka semula untuk Minggu Percutian di China pada bulan Oktober, selepas sebulan dibaik pulih atas sebab keselamatan.

Jambatan yang berada di kawasan pemandangan yang menakjubkan di Zhangjiajie itu, adalah tapak warisan dunia UNESCO, ditutup sementara pada awal bulan September, berikutan kemasukan pelancong yang ramai selepas pembukaannya pada awal 20 Ogos.

Menurut jawatankuasa pengurusan jambatan, selepas pembukaan semula pada 30 September, pelancong akan dapat melawat jambatan itu dengan menggunakan kad ID mereka pada mesin pintu masuk, selepas membuat tempahan tiket melalui laman web rasmi.

Jambatan itu telah ditutup bagi pengubahsuaian keselamatan bagi keperluan menaik taraf sistem dalaman, apabila lebih daripada 10,000 orang pelawat berkunjung di jambatan itu setiap hari, melebihi had harian yang dirancang seramai 8,000 orang. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA