Jambatan pers...

Jambatan persahabatan Kemboja-China dirasmikan

KANDAL, Kemboja, 13 Feb – Jambatan Persahabatan Kemboja-China ke-7 telah dirasmikan di wilayah Kandal, Kemboja hari ini selepas pembinaannya selama tiga tahun.

Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen dan Duta Besar China ke Kemboja Xiong Bo mempengerusikan majlis perasmian yang dihadiri kira-kira 5,000 orang.

Jambatan 415 meter – 13.5 meter itu merangkumi Sungai Tonle Bassac, terletak di daerah Koh Thom, kira-kira 60 km ke selatan Phnom Penh, ibu negara Kemboja.

Perdana Menteri berkata, Jambatan Persahabatan Koh Thom Kemboja-China itu menghubungkan wilayah Kandal dengan jiran Vietnam, adalah satu pencapaian baru dalam pembangunan infrastruktur pengangkutan.

“Jambatan itu akan memberi manfaat yang besar kepada rakyat, terutamanya kepada mereka yang tinggal di daerah Koh Thom,” katanya.

Gambar fail pada 3 Ogos 2015 menunjukkan orang ramai berjalan di atas Jambatan Takhmau yang dibiayai China di wilayah Kandal, Kemboja. Jambatan Persahabatan Kemboja-China ke-7 kini telah dirasmikan di wilayah Kandal, Kemboja kelmarin selepas pembinaannya selama tiga tahun. – Xinhua
Gambar fail pada 3 Ogos 2015 menunjukkan orang ramai berjalan di atas Jambatan Takhmau yang dibiayai China di wilayah Kandal, Kemboja. Jambatan Persahabatan Kemboja-China ke-7 kini telah dirasmikan di wilayah Kandal, Kemboja kelmarin selepas pembinaannya selama tiga tahun. – Xinhua

Hun Sen menyatakan rasa terima kasih yang mendalam kepada China kerana telah menyediakan sejumlah besar bantuan geran dan pinjaman konsesi ke Kemboja untuk pembangunan sosio-ekonomi.

Jambatan itu dibina oleh Syarikat Jalan Raya dan Jambatan China di bawah pinjaman konsesi China 19.4 juta dolar AS.

Duta Xiong berkata jambatan itu akan memudahkan perjalanan orang ramai dan pengangkutan barangan di kawasan itu, sambil menambah bahawa setakat ini, kira-kira 2,600 km jalan raya dan tujuh jambatan berskala besar telah dibina di Kemboja di bawah pinjaman konsesi China.

Penduduk tempatan berkata jambatan itu adalah sangat penting bagi penduduk tempatan bagi perjalanan dan untuk mengangkut hasil pertanian mereka ke pasaran.

“Apabila tidak ada jambatan, menyeberangi sungai dengan bot adalah sangat sukar dan memerlukan kos dan masa,” Phai Chandavy, seorang penduduk tempatan berusia 58 tahun itu, memberitahu Xinhua.

“Dengan jambatan itu, ia adalah mudah untuk orang ramai melakukan perjalanan dan untuk mengangkut hasil pertanian mereka ke pasaran.” – Xinhua