Bersama meriahkan 14 Oktober ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Okt – Tarikh 14 Oktober ini bakal menyaksikan satu lagi mercu tanda kemajuan negara dirasmikan diisikan dengan acara-acara menarik dan penuh gilang-gemilang bagi memeriahkan peristiwa bersejarah tersebut.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat diraja yang lain dijangka berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Jambatan Sungai Kebun, perarakan kapal-kapal dan perahu-perahu berhias serta pertunjukan bunga api di kawasan berhadapan Tarindak D’Seni, Jalan Residensi, Bandar Seri Begawan, pada hari tersebut. (Klik di sini untuk berita lanjut)