Jambori pengakap berakhir

Jambori pengakap berakhir

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mac – Jambori Pengakap Tunas ke-4 Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) Sempena Sambutan 100 Tahun Pengakap Tunas Sedunia berakhir hari ini dalam majlis penutup di Pusat Latihan dan Kegiatan Pengakap Kebangsaan, Kompleks Pengakap, Jalan Gadong.

Jambori bertemakan ‘Bermula dari Kami’ itu disertai 611 peserta daripada Pengakap Tunas Brunei selaku tuan rumah, pengakap tunas Malaysia dan Singapura.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil-sijil kepada ketua-ketua kontinjen pasukan ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Ibu Pejabat Pengakap Bahagian Pengakap Tunas, Hajah Noraini binti Haji Saidi yang dalam ucapan penutupnya menjelaskan pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang jambori yang mencabar mental, fizikal dan emosi peserta untuk mendedahkan kepada kerja berpasukan, meningkatkan jati diri dan berkomunikasi dengan ahli pengakap yang lain.

Dato Paduka Dr Awang Haji Affendy menyampaikan sijil penyertaan kepada ketua-ketua kontinjen Pasukan Pengakap Tunas dalam dan luar negara.
Dato Paduka Dr Awang Haji Affendy menyampaikan sijil penyertaan kepada ketua-ketua kontinjen Pasukan Pengakap Tunas dalam dan luar negara.

pg10_160324_b

Di samping itu, peserta juga mengadakan lawatan ke tempat-tempat menarik di negara ini selain mengadakan lawatan sambil belajar ke markas Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Beliau seterusnya menambah, kegiatan yang dilaksanakan ini dapat menjadi tarikan utama kepada semua peserta jambori kali ini dan dapat menambah ilmu pengetahuan bagi anak-anak pengakap tunas.

Dalam usaha melengkapkan pencapaian aktiviti jambori ini, tambahnya, peserta jambori kali ini dianugerahkan dengan Anugerah Lencana Pelanduk di mana ia bersesuaian dengan tema jambori.

Pengakap tunas pada majlis penutup jambori tersebut.
Pengakap tunas pada majlis penutup jambori tersebut.
Ketua Kontinjen Pasukan Pengakap Tunas.
Ketua Kontinjen Pasukan Pengakap Tunas.
Pengakap Tunas dari Sekolah Chung Ching, Seria.
Pengakap Tunas dari Sekolah Chung Ching, Seria.

Beliau turut menekankan Persekutuan Pengakap Malaysia menghantar 142 delegasi dari tujuh buah negeri yang mana penglibatan mereka ini telah mengangkat taraf jambori ini kepada taraf antarabangsa.

Menurutnya lagi, jambori ini bertujuan memberi peluang pengakap menimba pengalaman dan mengaplikasikan pembelajaran ilmu pengakap sebagai satu pendidikan di luar bilik darjah.

Di samping itu, ia menarik minat dan menggalakkan persaingan secara sihat dalam kalangan ahli pengakap tunas dalam mengukuhkan bakat dan kemahiran dalam berpengakapan serta mencetus minat yang berdaya maju.

Jambori Pengakap Tunas ke-4 yang berlangsung dari 18 hingga 23 Mac ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan.

ARTIKEL YANG SAMA