Jambori Pengakap mampu pupuk perpaduan – Tawfiq

Jambori Pengakap mampu pupuk perpaduan – Tawfiq

TAWAU, 14 Mac (Bernama) – Jambori Pengakap berupaya memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, budaya dan agama, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Beliau berkata jambori merupakan gelanggang pertemuan pengakap pelbagai etnik dan budaya bagi membentuk masyarakat yang lebih bersopan dan bertanggungjawab.

“Kementeria Belia dan Sukan Sabah sentiasa memberi sokongan dalam semua agenda pengakap ke arah memajukan dan memartabat pengakap di negeri ini,” katanya ketika merasmikan Jambori Pengakap Antarabangsa Tawau malam tadi.

Jambori kali ini disertai oleh kontinjen dari negeri-negeri di Malaysia dan juga pasukan pengakap Indonesia, khususnya Kalimantan Utara.