Jambu batu el...

Jambu batu elak penuaan awal

JAMBU batu atau jambu biji merupakan buah yang banyak terdapat di Asia. Buah ini sering dimakan kerana ia mudah didapati antaranya termasuklah pasar raya, pasar tani mahupun pasar sayur.

Jambu batu atau nama saintifiknya psidium guajava Linn merupakan buah-buahan tropika yang berasal dari keluarga Myrtaceae.

Pokok jambu batu mempunyai pelbagai kegunaan dan boleh digunakan untuk tujuan perubatan. Ketahuilah semua zat yang terkandung dalam buah yang hebat ini.

Memperbaiki keimunan

Jambu batu merupakan salah satu sumber makanan yang kaya dengan vitamin C.

Jambu batu yang kaya dengan karoten membantu untuk melindungi kulit daripada kedutan dan melambatkan proses penuaan pada wajah.
Jambu batu yang kaya dengan karoten membantu untuk melindungi kulit daripada kedutan dan melambatkan proses penuaan pada wajah.

Buah ini mengandungi empat kali ganda kandungan vitamin C yang terdapat di dalam buah oren.

Sebiji buah jambu batu bersaiz sederhana menyediakan dua kali nilai pemakanan vitamin C yang diperlukan tubuh dalam sehari.

Vitamin C baik untuk memperbaiki keimunan dan melindungi tubuh daripada jangkitan dan patogen.

Merendahkan risiko kanser

Sifat antikanser dalam jambu batu dikaitkan dengan kehadiran sebatian termasuklah likopen, quercitin, vitamin C dan pelbagai polifenol.

Sebatian ini bertindak sebagai antioksidan kuat dalam menentang radikal bebas dalam tubuh.

Terdapat bukti kuat yang menunjukkan potensi ekstrak jambu batu membantu mencegah kanser prostat, payudara, kolon dan paru-paru.

Baik untuk diabetik

Kesan antidiabetik dalam jambu batu telah disebut dalam perubatan Cina. Kajian tersebut menunjukkan 1 g/kg jus jambu batu mampu mengurangkan tahap gula dalam pesakit diabetik.

Kajian tersebut juga mencadangkan jambu batu dapat membantu untuk memperbaiki serta mencegah pembentukan diabetes.

Selain daripada aktiviti seperti insulin yang dimiliki jambu batu. Kandungan serat dan indeks glisemik yang rendah menjadikan buah ini baik untuk pesakit diabetik.

Miliki sifat antipenuaan untuk kulit

Radikal bebas merosakkan kulit boleh mencetus pembentukan kedutan dan penuaan awal.

Jambu batu yang kaya dengan vitamin C, vitamin A, antioksidan seperti likopen dan karoten membantu untuk melindungi kulit daripada kedutan dan garisan halus sekaligus memastikan anda kelihatan muda.

Memperbaiki kesihatan jantung

Memakan jambu batu memperbaiki keseimbangan garam dan kalium dalam tubuh, ini sekali gus mengawal tekanan darah pesakit hipertensi.

Magnesium yang terdapat dalam jambu batu mampu memberikan rasa ketenangan.
Magnesium yang terdapat dalam jambu batu mampu memberikan rasa ketenangan.
Jambu batu turut membantu merendahkan tahap trigliserid dan kolesterol jahat yang menyumbang kepada pembentukan penyakit jantung.
Jambu batu turut membantu merendahkan tahap trigliserid dan kolesterol jahat yang menyumbang kepada pembentukan penyakit jantung.

Selain itu jambu batu turut membantu merendahkan tahap trigliserid dan kolesterol jahat yang menyumbang kepada pembentukan penyakit jantung. Pengambilan jambu batu mampu memperbaiki tahap kolesterol baik atau HDL.

Membantu merawat sembelit

Sebiji jambu batu menyediakan kira-kira 12 peratus nilai pengambilan serat yang dicadangkan untuk tubuh dalam sehari.

Memakan jambu batu setiap hari dapat membantu untuk membersihkan laluan terhalang dan melegakan sembelit.

Membantu memperbaiki penglihatan

Walaupun jambu batu tidak kaya vitamin A sebanyak lobak merah, namun jambu batu masih memiliki sumber zat tersebut.

Vitamin A membantu mata dalam keadaan baik. Ia juga mampu memperbaiki penglihatan. Rabun malam adalah salah satu penyakit yang dikaitkan dengan kekurangan vitamin A.

Baik untuk wanita hamil

Jambu batu mengandungi asid folik atau vitamin B9. Ia baik untuk wanita hamil kerana mampu membantu dalam pembentukan sistem saraf anak damit dan melindungi anak damit baru lahir daripada masalah saraf.

Buat anda bertenang

Magnesium yang terdapat dalam jambu batu mampu menenangkan saraf dan otot.

Bagus untuk otak

Jambu batu mengandungi vitamin B3 dan vitamin B6. Ia turut dikenali sebagai niasin dan pyridoxine yang membantu dalam memperbaiki pengedaran darah ke otak dan menenangkan saraf.