James Horner meninggal dunia

James Horner meninggal dunia

BANGKOK, 23 Jun (dpa) – James Horner, composer filem yang terkenal dengan kerjanya dalam Titanic, Field of Dreams dan Braveheart, meninggal dunia kelmarin dalam satu nahas pesawat, menurut satu laporan media.

Horner, 61, pemenang dua kali Oscar, memandu sebuah pesawat kecil apabila ia terhempas berdekatan Santa Barbara, California, menurut wartawan Hollywood.

Horner memenangi kedua-dua Anugerah Academy pada 1998 atas kerjanya dalam filem Titanic. Dia memenangi ‘Best Orginal Dramatic Score’ dan ‘Best Original Song’ untuk lagu “My Heart Will Go On,” yang dinyanyikan oleh Celine Dion.

Soundtrack Titanic telah dijual sebanyak 27 juta salinan seluruh dunia, kata wartawan Hollywood.

James Horner (kiri) ketika menerima anugerah Grammy pada tahun 1999 melalui filem Titanic. – AFP
James Horner (kiri) ketika menerima anugerah Grammy pada tahun 1999 melalui filem Titanic. – AFP

“Kerja saya…adalah untuk memastikan setiap detik filem tersebut menjadi sesuatu yang boleh dirasakan penonton dalam hati mereka,” katanya pada satu temu bual dengan Los Angeles Times pada tahun 2009.