James terima bayaran tertinggi NBA

James terima bayaran tertinggi NBA

LOS ANGELES, 12 Ogos – LeBron James bersetuju dengan kontrak selama tiga tahun bersama Cleveland Cavaliers, yang akan dilihat menjadikannya pemain yang menerima bayaran tertinggi dalam National Basketball Association (NBA).

‘Saya hanya mahu anda tahu, saya menandatangani semula bersama Cleveland Cavaliers, pasukan bandar kediaman saya,’ kata James dalam laman sesawangnya, Uninterrupted.

James, juara NBA tiga kali, tidak menyatakan butiran lanjut mengenai kontrak itu tetapi badan penyiaran sukan AS, ESPN melaporkan bahawa ia bernilai AS$100 juta dan akan membayarnya A$31 juta pada tahun pertama dan AS$33 juta pada tahun kedua, yang menjadikannya pemain menerima bayaran tertinggi liga buat kali pertama sepanjang kerjayanya. – AFP

Gambar fail bertarikh 22 Jun 2016 menunjukkan LeBron James (tengah), berdiri semasa perarakan di pusat bandar Cleveland bagi meraikan kemenangan kejohanan NBA. – AP
Gambar fail bertarikh 22 Jun 2016 menunjukkan LeBron James (tengah), berdiri semasa perarakan di pusat bandar Cleveland bagi meraikan kemenangan kejohanan NBA. – AP