James tumbang...

James tumbangkan Celtics

WASHINGTON, 18 Mei – LeBron James mencatatkan 38 mata dan Kevin Love mencatatkan 32 mata dalam playoff, ketika juara bertahan, Cleveland Cavaliers memulakan siri final Eastern Conference dengan melakarkan kemenangan semalam.

Pasukan Cavaliers keluar beraksi setelah rehat selama 10 hari tetapi tidak menunjukkan petanda berkarat dengan untuk menewaskan Boston Celtic 117-104 di Boston Garden Arena.

“Memulakan perlawanan, LeBron mengawal tempo, menetapkan permainan lebih awal,” kata jurulatih Cleveland, Tyronn Lue. “Dia bermain pada peringkat tinggi buat masa sekarang, dan ia adalah alasan kami memerlukannya.”

Perlawanan kedua adalah esok di Garden sebelum siri itu berpindah ke Cleveland bagi perlawanan ketiga dan keempat.

Pasukan Cavaliers mendominasi dari awal perlawanan. Mereka menghimpunkan 26 mata pendahuluan suku pertama dan melanjutkannya kepada 28 pada suku ketiga sebelum Celtic mengurangkannya kepada 17 pada akhir suku.

Bintang Cavs, LeBron James (kanan) terjatuh ke atas pemain Boston Celtic, Marcus Smart dalam suku kedua aksi Perlawanan Pertama final Eastern Conference. – AP
Bintang Cavs, LeBron James (kanan) terjatuh ke atas pemain Boston Celtic, Marcus Smart dalam suku kedua aksi Perlawanan Pertama final Eastern Conference. – AP

James, yang memburu penampilan ketujuh di final NBA, menjaringkan 15 dalam suku keempat dalam laluan mencatatkan 30 mata kali ketujuhnya. Dia juga mencatatkan sembilan ‘rebound’ dan tujuh asis.

James berkata mereka boleh melakukan dengan lebih baik.

“Saya tidak merasakan kami beraksi dengan begitu baik malam ini,” kata James. “Kami tidak membuat lontaran dengan baik ketika kami berkeupayaan untuk melakukan lontaran jaringan.

“Malam ini adalah satu lagi dari perlawanan, di mana saya melakukan beberapa gerakan untuk membantu kami mendapatkan kemenangan, tetapi ia adalah dua pemain kami (Love and Thompson) yang menghasilkan permainan hebat,” kata James. “Mereka beraksi dengan hebat.” – AFP